Assalamualaikum.. apa kabar semua...
Tak tau kenapa, minggu pertama bukak semni banyak mengubah diri sendiri.. Alhamdulillah.. dapat ujian berat dari Allah baru lah nak dekatkan diri padaNya.. Bila dapat ilham dari Allah, betulkan balik matlamat dan target di MMU.Kunjungan mak, ayah dan adik semalam pun tambah semangat nak belajar.. Alhamdulillah segala sisa2 di MMU InsyaALLAH akan dimanfaatkan sebaik mungkin..
19 hb 11 2005
Pergi ke walimah madiha. Kali ni di Johor Bahru.. dalam hati.. alhamdulillah.. dapat gak jalan2 ke JB. Lepas makan kenduri, amik angin kat Tambak Johor, Danga Bay, solat kat Masjid Sultan Abu Bakar.. UTM Skudai( Time Exam skg ni)
Petang bertolak balik. Malam tu tido umah mak cik kat Taman Bkt Beruang Indah.. (Kat mane lagi kalu bukan kat MMU Melaka)huhu banyaknya bangunan tinggi2 kat Bukit Beruang.. mane pegi bukit2 kat situ...?
20hb 11 2005
Sarapan pagi dan bertolak balik ke MMU Cyber. Prepare untuk kuiz Computer Graphics hari esoknya..
26 hb 11 2005
Hari Konvokesyen Silat Cekak Ustaz Hanafi kat Parcel D, Putrajaya. Pkl 6.45 pagi bertolak dari MMU. Semua berjalan dengan baik..Program habis dlm pkl 5.00pm.
Walimah sahabat baik : Suriati
Walimah kakak sepupu : Kak Filah
Petang tu Mak, ayah dan adik2 datang..bawa lauk kenduri.. tido umah sewa adik kat Batu Caves
27hb 11 2005
Parents hantar balik ke MMU. Sampai kat MMU dlm kol 12 lbh camtu. Lunch dan lepas solat zohor, parents balik ke Taiping.Study di Library sampai pkl 5.Balik dan rehat... penat!!
*Terima Kasih Ummi.. atas nasihat dan support.. :)
Friday, November 25, 2005
Monday, November 14, 2005
Selamat Pengantin Baru Semua..
Assalamualaikum.. kepada teman-teman selamat pengantin baru di diucapkan ... semoga kalian berbahagia sehingga ke syurga.. amin..
Tahniah kepada pasangan pengantin..:
Madiha dan Nazly
Zue dan Izuddin
Faiz dan pasangan
Nawwar dan pasangan
Rohayu dan pasangan
Suriati dan pasangan
Kak Hafilah dan pasangan
Kak Sh Sarah dan pasangan
Kak Azlida dan pasangan
Kak Syabeela dan pasangan
Selamat kembali semua kawan2 ke sem baru di MMU.. dan selamat hari raya..:)
* Ketenangan dan keresahan itu milik Allah.. Dia mampu berikannya kepada sesiapa sahaja...
*Jangan sesekali putus asa dgn ujianNya..
Ya Allah kurniakan daku kekuatan dalam apa jua keadaan.. Jangan Kau bebani kami dengan bebanan yang tak sanggup kami pikul..amin.

Thursday, October 06, 2005
Muslimah Sejati
Assalamu'alaikum ukht yang disayangi. Awalan Ramadhan ini, marilah kita bersama-sama “menkoreksikan diri” (maaf yer shida, akak pinjam ayat tu), semoga keberkatan ramadhan itu akan kita nikmati semaksima yang mungkin. Beribadahlah seikhlas mungkin pada Ramadhan kali ini, sebab kita takkan tau adakah kita masih bernafas hingga Ramadhan yang akan datang. Wallahua’lam. Seandainya Ramadhan ini adalah yang terakhir untuk kita teguk barakahNya, kita takkan terkilan.
Ramadhan adalah bulan penuh kemuliaan. Bulan pesta ibadah. Amat disukai oleh golongan yang sentiasa berlumba untuk mendekatkan diri dengan Pencipta Yang Esa. Tetapi, bulan ini cukup tidak disenangi oleh mereka yang sentiasa lalai dalam hidup, senang cakap oleh insane-insan yang merasakan mereka “lama” lagi nak terima ziarah malaikat maut.
Ukht yang dirahmati,
Coretan sirah silam sahabat-sahabat muslimah terlalu hebat untuk diperkatakan. Lambang kelembutan sedingin salju, namun ketegasan menagih syahid dalam menegakkan syiar Islam bersama kaum muslimin menjadi keutamaan. Mereka adalah muslimah sejati kebanggaan ummah. Allahuakhbar!!!
Title “Muslimah Sejati” idaman semua muslimah. Menjadi bunga idaman mutiara syurgawi. Perjuangan di dunia menagih 1001 pengorbanan, namun kejayaan yang kita raih di syurga pasti tidak akan sia-sia. Janji Allah itu pasti. Siapakah ”Muslimah Sejati”? Marilah kita berkongsi sedikit pengisian mengenai ”Muslimah Sejati”.
Muslimah Sejati ialah wanita yang meyakini Allah sebagai Rabb nya, Muhammad saw sebagai Nabinya dan Islam sebagai agamanya. Apabila diuraikan lebih spesifik lagi, muslimah sejati adalah :
1. Muslimah sejati ialah wanita yang selalu besemangat dalam menuntut ilmu, bersemangat dalam mengamalkan ilmunya, dan semangat dalam mengajak orang lain agar mengamalkan ilmunya, sehingga kesan keimanan itu terlihat pada ucapannya, amalannya dan sikapnya.
2. Muslimah sejati ialah wanita yang memiliki ketaqwaan, kekusyukkan, selalu beribadah dan selalu menjaga kewajibannya. Selalu beristiqomah dalam amal-amal salihnya, menjauhi perkara-perkara yang dilarangNya, dan selalu bewaspada terhadap yang dilarangNya semata-mata kerana takutkan kemurkaan Allah dan pedihnya azab Allah.
3. Muslimah sejati ialah wanita yang sangat mencintai Allah SWT dan Rasulnya saw serta mentaati setiap perintah Allah dan Rasulnya. Dia rela mengorbankan dirinya, hartanya dan anak-anaknya serta apa-apa sahaja yang dimilikinya demi menolong agama Allah dan Rasulnya agar tegak di muka bumi.
4. Muslimah sejati ialah wanita yang selalu mendidik anak-anaknya mentaatiAllah dan Rasulnya, mengajarkan kepada mereka aqidah (keimanan) yang benar, menanamkan ke dalam jiwa mereka kecintaan kepada Allah dan Rasulnya, serta menjauhkan mereka dari perbuatan-perbuatan maksiat dan akhlak-akhlak tercela.
5. Muslimah sejati ialah wanita yang selalu teguh bagaikan gunung dalam menghadapi pelbagai ujian dan kesusahan dalam kehidupan dunia. Tidak pernah goyah hatinya ketika menghadapi kesusahan dan kesulitan dunia, dan selalu bersikap zuhud terhadap dunia. Keimanan tertanam di dalam hatinya, sehingga dia selalu mengharapkan pahala dari Allah atas setiap musibah yang menimpanya.
6. Muslimah sejati ialah wanita yang selalu mentaati suaminya. Dia selalu bersikap lembut dan kasih sayang kepada suaminya, mengajaknya kepada hal-hal yang baik, dan selalu melakukan hal-hal yang menyenangkan suaminya. Tidak berbicara kasar di hadapan suaminya dan tidak bersuara keras ketika berbicara di hadapan suaminya. Selalu berbakti pada suaminya, menjadi rakan kongsi dan pembantu suaminya dalam pengamalan dan perjuangan agama, sehingga suami mendapat kedamaian dan ketenangan jika berada di sampingnya. Jika suami memandangnya, maka ia dapat menyenangkannya dengan keindahan kata-kata dan senyumannya. Jika suami menyuruhnya, dia mentaatinya dan jika suami sedang pergi, dia dapat menjaga dirinya, harta suaminya dan anak-anaknya.
Titipan daripada Ust. Drs. Musthafa Sayani, dalam bukunya Jati Diri Wanita Muslimah.
nukilanummu khair
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Imam al-Ghazali menulis:
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam: yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli
nukilan simple_shida

Tuesday, October 04, 2005
Pulangkan...
Assalamualaikum warahmatullah..
Alhamdulillah.. Salam Ramadhan.. Sedikit ole2 dari ana yang fakir ini .. buat juadah rohani kita.. pada bulan Ramdhan..
Sahabat sekalian..,
Kita tidak punya hakuntuk menghukum apa yang terjadi dan mengatur kehidupan kita mengikut apa yang kita suka.. semuanya telah Allah tetapkan rezeki kita, umur, jodoh, keadaan sakit dan sebagainya pada usia kita 120hari di dalam rahim ibu kita..Oleh itu, janganlah kita seringkali meragui apa yang berlaku di setiap detik yang pahit. semua suratan takdir adalah yang terbaik buat kita..samada kita sedar ataupun tidak akan hikmah disebalik musibah. setiap yang datang, pasti akan kembali kepada yang hak nya..
Bagaimanakah mahu mengikat hati kita kepada ALLAH disamping mendapat kejayaan di dunia dan di Akhirat?
Lihatlah siapa teman kita.. siapa tetangga kita.. siapakah yang serignkali berada di sekeliling kita.. jika teman2 kita itu yang membawa kepada agama Allah, yg sering mengajak kita kepada ibadah dan menunut ilmu.. itu lah yg baik agar kita tidak lalai.. kalau teman2 kita itu yan gsuka ke majlis2 keramaian, dan bercakap perkara lagha.. pasti kita mudah lalai dari mengingati ALLAH..
Sentiasalah menambah ilmu pengetahuan dalam sejarah pejuang2 dan serikandi Islam dan jadikan idola anda.. cuba ambil pengajaran tentang kisah2 lalu agar kadi pedoman anda..
Lihatlah kejadian alam yang Allah jadikan ini.. dengan aturan yang sama rata dan mengikut qadar yang Allah tentukan..ikan2 yang fitrahnya berenang di dlm air, burung2 yang punyai kepak untuk terbang di udara.. ayam pulak, badannye besar sket.. ade kepak tp tak bleh terbang.. cuba kita renung. kalu ayam2 semua bleh terbang.. tak ke pelik gitu.. indahnya alam buana ini..:)
Sentiasalah bersifat cintakan ilmu ALLAH.. sentiasalah ambil peluang untuk menuntut ilmu..ilmu di sini ana maksudkan makanan rohani kita.. tuntut lah ilmu agama.. sahabat2 sekalian, lagi kita menuntut ilmu agama, lagi banyak yang kita tak tahu..rebut lah peluang lapangmu untuk ilmu yang akan menjaga kita agar berjaya di dunia dan di akhirat.. jagalah harta mu dengan ilmu agar harta benda itu tidak akan memakan dirimu sendiri..
*Sedekah Al-Fatihah kepada ibu bapa dan guru kita.. Jangan tunggu mereka dah takde baru nak sedekah..
*Sekali-sekala call mak ayah...dah besar panjang ni, adalah menjadi tanggungjawab kita pulak bertanya khabar supaya mereka berasa dihargai.. Jangan duk leka dengan urusan sendiri sampai lupa mak ayah kat kampung..
*Kirim kad raya pada mereka supaya mereka juga rasa dihargai..
sekian buat masa ini bertemu kembali jika ada umur yang panjang..:)
wassalam..alfaqirah ilallah

Monday, September 26, 2005
Ramadhan...
Ramadhan.. kurindu kehadiranmu...
Assalammualaikum warahmatullah..
Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang lalu Insyaallah..
Sahabat sekalian, selamat menyambut kahadiran bulan yang mulia ini dengan penuh ketakwaan.. belum pasti kitakan dapat bertemu Ramadhan pada tahun akan datang.. Hargailah apa yang Allah kurniakan sejak kita dilahirkan hingga ke saat ini.. bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan..Sahabatku.. jagalah lidah dan hatimu dari berkata:
"Aku dah solat fardhu 5 waktu, dah buat solat sunat, dah berjaya masuk universiti.., puasa pun full pulak tu ..bagusnya aku....mesti lepasni dapat masuk syurga..."
Peliharalah hatimu dari perasaan riak, sentiasalah merendahkan hatimu kepada Allah..Janganlah terlau berkira-kira dalam beribadah kepada Allah.. sedangkan,nikmat yang Allah bagi pada kita pun tak terkira banyaknya.. Allah tidak sekalipun berkira-kira malah bersifat Pemurah kepada makhluknya.... Moga Allah yang menjadi tujuan di atas setiap kerja kita...
Ingatan ini untuk diri ana terutamanya.. :( Ampun maaf ana cuma insan yang dhaif dan tidak punya apa2..
wallahua'lam..

k.Keadaan-keadaan dharurat yang mengharuskan melihat:
Sebelum ini, telah pun diputuskan bahwa tiada harus bagi lelaki melihat kepada seorang wanita asing, walaupun dia buruk, tiada diingini, sama ada melihat itu denagn ayahwat ataupun tanpa syahwat, iaitu disebabkan umumnya firman Allah Ta’ala:
“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, supaya menahan penglihatan mereka dan menjaga kehormatan mereka…”
(An-Nur: 30)
Begitu pula dengan Hadis Nabi yang berbunyi :
“Palingkanlah pandanganmu!”
Akan tetapi boleh dikecualikan dari pandangan itu, dalam hal berlakunya beberapa keadaan dharurat, ataupun perkara-perkara yang datang mendadak, kami sebutkan semua itu berikut:
1. Melihat dengan niat hendak meminang: (Adab melihat kepada tunangan):
Syariat Islam membenarkan orang yang mahu meminang melihat kepad aoran gyan gbakal dipinangnya. Demikan pula yang dipinang boleh melihat kepada oran gyang meminangnya, agar kedua belah pihak merasa puas hati tentang pemilihan kongsi hidupnya. Perkara ini berasal dari sabda Nabi s.a.w kepada Al-Mughirah bin Syu’bah:
“Lihatlah kepadanya (perempuan itu), sebab yang demikian itu akan mengekalkan (kasih-sayang) antara kedua kamu.”
(Riwayat Muslim)
Muslim dan An-Nasa’I telah meriwayatkan, bahwasanya seorang lelaki datan gkepada Rasulullah s.a.w lalu memberitahunya, yang dia telah berkahwin denagn seorang wanita Anshar, Maka baginda bertanya: Apakah kau telah melihatnya? Jawabnya: Tidak! Berkata baginda lagi: Lihatlah kepadanya, kerana orang-orang Anshar itu ada yang matanya kecil.
Tetapi dalam hal melihat wanita yangbakal dipinang itu, ada adab-adab yang mesti diambil berat oleh di peminang itu.
1. Si peminang tidakharus melihat, kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan saja, yakni sesudah dia ingin menikahinya.
2. Harus dia melihat berulang kali, kiranya perlu, supaya gambaran orang yang akan dipinangnya melekat di dalam pemikirannya.
3. Harus dia berbicara kepadanya, dan yang perempuan pula boleh berbicara kepada yang lelaki di dalam majlis peminangan dan perkenalan.
4. Tidak harus berjabat tangan dengan wanita yang dipinannya, kerana dia masih dikira orang asing, selama belum dijalankan akad nikah antara keduanya. Tangan wanita asing tidak boleh dijabat, sesuai dengan sebuah sabda yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aisyah r.a katanya:
“Tidak pernah tangan Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang wanita assign sama sekali dalam bai’at. Adapun bai’at kaum wanita hanya dengan lisan semata.”
5. Tidak harus kedua lelaki dan perempuan bertemu, melainkan dengan wujudnya salah seorang mahram wanita yang dipinangnya, sebab Islam melarang keras penyendirian wanita asing: iaitu sebagaimana bunyi sebuah sabda yan gdriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim berbunyi:
“Awaslah, jangan ada seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, dan jangan sampai seorang wanita belayar, kecuali ada bersamanya seorang mahramnya.”
Di sini harus kami memberi ingat, bahwa apa yang tersebar tentang berita-berita yagn membolehkan si peminang bercampur gaul dengan bebas kepada wanita yang dipinangnya, tanpa batas atau syarat, di atas dakwaan kononnya supaya mereka kenal mengenal tentang akhlak si lelaki atau si perempuan.. sesungguhnya semua itu adalah larangan dalam Islam. Malah Islam memerangi dakwaan itu, disebabkan dia bertentangan
Dengan serendah-rendah prinsip akhlak dan budi pekerti. Sebab percampurgaulan ini akan merosakkan nama baik wanita yang dipinang lebih daripada nama baik lelaki yang meminang. Kemungkinan sekali perkahwinan mereka dibatalkan, maka ketika itu si wanita itu akan terdedah untuk tikaman orang ramai, dan menjadi bualan yang tidak baik oleh mereka. Akhirnya nanti tidak ada orang lain yang mahu meminangnya lagi, dan jadilah ia sebagai barang yang tidak laku di dalam pasaran.
Dari segi yang lain pula, percampurgaulan yang berdosa ini tidak akan membawa sesuatu kesan yang baik, sebab setiap seorang di antara lelaki dan wanita tdi tidak akan melahirkan sifatnya yang benar terhadap yang lain, dan menjadilah semua itu sebagai pura-pura semata. Betapa kerap yang kita dengar dari lelaki dan perempuan yang mengambil tempoh beberapa tahun dalam pertunangan untuk berkenal-kenalan. Kemudian tidak berapa lama sesudah mereka berkahwin, berlaku pertikaman lidah, yang kemudiannya membawa kepada perceraian. Jadi, di manakah yangdikatakan perlunya perkenalan ketika dalam pertunangan? Ingatlah perkara ini, siapa yang mahu mengambil ingatan!
2. Melihat dengan niat mengajar: Harus melihat kepada wajah wanita asing yang tidak bersolek dengan niat untuk mengajarnya dengan syarat-syarat berikut:
• Hendaklah ilmu yang dituntutnya perlu dalam kacamata syara’ yang akan memperbaiki agama dan dunia si pelajar itu.
• Hendaklah ilmu yang diajarkan itu khusus untuk keperluan kaumnya, seperti pembelajran liku-liku cara menjaga pesakit-pesakit dan cara melahirkan anak.
• Hendaklah si guru tidak bimbangkan fitnah ketika melihat wajahnya.
• Pembelajaran itu tiada berlaku sendirian antara guru dengan pelajar wanita itu saja.
• Hendaklah pada ketika itu tiada guru-guru wanita yang boleh mengambil tempat guru lelaki.
Tiada syak lagi, bahwa Islam apabila meletakkan syarat-syarat ini, bermaksud untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersih suci, tiada dikelilingi oleh syubhat, atau ditujukan kepadanya tuduhan, sehingga si pelajar wanita itu terpelihara berdih, tiada disentuh oleh tangan denagn dosa, ataupun dipandang oleh mata dengan khianat.
Alangkah benar sekali firman Allah yang berbunyi:
“Yang demikian itu, mereka (wanita-wanita itu) lebih patut dikenal, dan tiada diganggu.”
(Al-Ahzab: 59)
3. Melihat dengan niat hendak mengubati: harus seorang doctor melihat wanita asing di tempat-tempat dia mahu mengubatinya. Dalilnya ialah sebuah Hadis yang meriwayatkan oleh Muslim daripada Ummi Salmah r.a bahwa beliau meminta izin kepada Rasulullah s.a.w untuk berbekam, maka baginda telah menyuruh Abu Taibah untuk membekamnya.
Pengubatan doctor kepda wanita asing itu tiada harus melainkan dengan beberapa syarat:
• Hendaklah doktor itu seorang yang soleh, boleh dipercayai, kelakuannya terkenal baik, dan mempunyai ilmu tentang penyakit yang akan diubati serta mahir padanya.
• Hendaklah tiada membuka dari anggota wanita pesakit itu, melainkan sekadar yang perlu saja, itu pun tika perlu dilihat.
• Hendaklah pemeriksaan itu disaksikan oleh seorang mahram, atau suami wanita itu, ataupun wanita lain yang boleh dipercayai, seperti ibunya, atau saudara perempuannya, atau tetangganya.
• Hendaklah doktor itu bukan seorang yang kafir, selama masih ada doktor yang muslim.
Apabila cukup semua syaray-syarat ini, maka haruslah seorang doktor itu melihat, atau menyentuh anggota yang terdapat padanya penyakit, sebab Islam adalah agama yang memelihara manusia dari dosa, serta mendatangkan bagi mereka maslahat dan kemudahan.
Dasarnya ialah firman ini:
“Dan tiadalah Dia (Allah) menjadikan di dalam agama itu kesempitan.”
(Al-Haj: 78)
“Allah inginkan bagi kamu kemudahan, dan tiada inginkan bagi kamu kesusahan.”
(Al-Baqarah: 185)
4. Melihat denagn niat perbicaraan dan penyaksian:Harus bagi seorang hakim dan saksi melihat kepada seorang wanita assign pada wajah dan kedua belakang tangannya saja, kendatipun mereka bimbangkan fitnah. Sebab di sini si hakim dan saksi itu hendaklah memutuskan hak dan menolak kezaliman. Hanya harus dilihat kepada wanita asing itu di sini, kerana dia bertutup muka, sukar untuk dikenal oleh si hakim dan si saksi itu. Maka hendaklah wanita itu membuka mukanya pada ketika itu untuk dilihat dan dikenal, bahwa dialah wanita yang dimaksudkan, agar perkaranya tiada terkeliru, dan supaya hak orang tiada terceroboh di dalam masyarakat.
Semua ini menunjukkan bahwa Islam itu adalah agama yang praktikal di kehidupan dunia ini. Dia adalah agama yang menjaga maslahat orang ramai, dan memelihara hak-hak mereka. Firman Allah:
“Dan siapa lagi yang lebih baik hukumny daripada Allah bagi kaum yang yakin.”
(Al-Maidah: 50)
Di sini saya ingin membawa suatu ceria sejarah yang berkesan, agar dikenal oleh kaum lelaki wanita kita, betapa cemburunya para salaf salih terhadap agamanya, dan betapa mereka cuba mengelakkan membuka wajah wanita di hadapan lelaki, kendatipun dalam hal membukanya diharuskan oleh syara’. Ceritanya begini:
Pada abad ketiga hijrah, Musa bin Ishak, hakim daerah Riyi dan Ahwaz, sedang bersidanf untuk memutuskan perkara yang berbicara kepadanya. Di antara perkara yang hendak dibicarakan, iaitu seorang wanita telah mendakwa suaminya, bahwa dia terhutang sebanyak 500 dinar sebagai maskahwinnya yang belum dilunaskan lagi. Sang suami mengingkari dakwaan itu, seraya menyatakan bahwa dia tiada berhutang apa pun kepada isterinya.
Berkata hakim kepada sang suami: Bawalah saksi-saksi anda!
Jawab suami: Saya ada saksi.
Maka tuan hakim memanggil salah seorang saksinya, seraya berkata kepadanya: Sekarang lihatlah wajah isteri orang itu untuk kau menunjuknya dalam penyaksianmu nanti.
Si saksi pun pergilah kepada istei orang itu, seraya berkata kepadanya: Marilah ke sini, aku hendak melihat wajahmu!
Sang suami bekata: Apa yang kau hendak daripada isteriku itu.
Dia beritahu: Si saksi ini mesti melihat kepada wajah isterimu yang bertutup muka ini, supaya dia kenal wajahnya.
Rupa-rupanya sang suami itu tidak mahu isterinya dibukakan mukanya untuk dilihat oleh para saksi di hadapan orang ramai. Dia lalu mengangkat suaranya kepada tuan hakim: Baiklah tuan hakim! Biar saya mengaku berhutang maskahwin yang dituntut oleh isteriku itu, asalkan dia tidak membuka wajahnya di hadapan orang ramai.
Apabila sang isteri mendengar kata-kata suaminya yang tiada redha wajahnya dilihat oleh para saksi, dan bahwa suaminya mengambil berat tentang dirinya, dia merasa terharu, seraya berkata kepada tuan hakim itu: Wahai tuan hakim! Saksikanlah bahwa saya telah maafkan maskahwin itu dari suamiku, dan saya bebaskannya dari membayar maskahwin itu di dunia dan di akhirat!
Ujar tuan hakim itu kepada orang ramai yang ada di sekelilingnya: Catitkanlah peristiwa ini di dalam ingatan kamu mengenai budi-pekerti yang luhur.
Maka adalah wajar sekali atas setiap pendidik untuk memerhatikan adab-adab Isalam dari soal penglihatan, sama ada mengenai: Adab melihat kepada mahram, adab melihat kepada wanita yang dipinang, adab suami melihat kepada isterinya, adab wanita melihat kepada lelaki, adab wanita melihat kepada wanita, ataupun tentang adab melihat kepada wanita kafir atau wanita muslimah, ataupun adab melihat atas sebab pembicaraan dan penyaksian.
Pada ibu-bapa dan pada pendidik harus memerhatikan semua adab-adab ini seta mengambil berat tentang perlaksanaannya ke atas anak-anak mereka supaya mereka menjadikannya sebadai contoh amali di dalam kelakuan mereka sehari-hari, andaikata para ibu-bapa dan pandidik itu memang inginkan bagi anak-anak itu akhlak yang mulia, peribadi Muslim yang tinggi. Allah s.w.t tidak akan mendia-siakan usaha mereka, tidak akan mengurangi pahala dan ganjraran mereka pada hari tiada berguna harta dan anak-pinak.
Di petik dari buku :” Pendidikan Anak –Anak Dalam Islam”
Abdullah Nasih Ulwan.
Pustaka Nasional.
Selamat berpuasa.. :)

Wednesday, September 14, 2005
SATU TITIK HITAM
"HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, Kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama:Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua :Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Dipetik dr laman web http://www.ukhwah.com/ :)

Subscribe to:
Posts (Atom)